tengah free2 nie kan...nak share sikit info...
yang mane xtaw asala usul negeri Pahang,,, meh nak citer...
asal usul nama negeri pahang
Pada
zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama.
Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng,
Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao
Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau
menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa
San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah
Negeri Pahang Darul Makmur.
Orang Arab dan orang Eropah zaman
dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan,
Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas
kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu
pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan
Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu
dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari
bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami
negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai
Tembeling.
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu. Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu. Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.

No comments:
Post a Comment